Pages

Monday 16 December 2013

HIVE (Kotak) MESRA KELULUT & PENTERNAK






Kami telah merekacipta HIVE (kotak) penternakan Lebah Kelulut yang mesra Lebah Kelulut dan penternak berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama lebih dari 4 tahun meternak kelulut. Hive (kotak) ciptaan kami ini mempunyai cirri-ciri dan keistimewaan tersendiri..

1. MESRA LEBAH KELULUT
- Ruang stok simpanan madu yang banyak untuk bekalan kehidupan koloni lebah kelulut menyebabkan mereka sukar merajuk atau lari meninggalkan hive..
- Lebah Kelulut tidak merasa terganggu walaupun hive (kotak) dibuka setiap hari kerana ada satu lapisan PVC yang dibekalkan bersama-sama hive (kotak.
- Perkembangan koloni yang sangat cepat.
- Lebah kelulut tidak memerlukan masa yang lama untuk membaiki tempayan madu mereka kerana kerosakkan yang sangat minima ketika proses menuai madu.
- Kadar kematian lebah kelulut yang sangat kecil ketika proses penuaian madu.

2. MESRA PENTERNAK
- Proses menuai madu yang sangat selesa dan tidak mengganggu koloni lebah kelulut.
- Penternak boleh melihat perkembangan koloni dalam kotak setiap hari tanpa mengganggu koloni kelulut.
- Boleh menuai madu setiap minggu (bergantung pada musim) tanpa mengganggu stok simpanan koloni kelulut.

3. MESRA CUACA
-  Sesuai untuk semua keadaan cuaca samada hujan atau panas, hive (kotak) akan sentiasa kering..

4. ANTI SERANGGA
- Serangga seperti semut, lipas, cicak dan katak tidak suka bersarang di hive kerana tiada ruang sesuai untuk mereka diami..


CIRI-CIRI ISTIMEWA

1. Tiga tingkat dan boleh ditambah jika perlu.
2. Ekonomi dan ‘Value for Money’
3. Menarik untuk lanskap dan hiasan di kawasan halaman kediaman.
4. Sesuai diletakkan di atas koloni kelulut tongkol kayu atau juga secara bersendirian.
5. Mudah untuk membuat proses pemecahan koloni.
6. Sesuai untuk jenis lebah kelulut thoracica, itama dan laviceap.

7. Hive disertakan dengan lapisan getah untuk tahan cuaca hujan dan panas juga lapisan PVC jernih untuk memudahkan penternak melihat perkembangan koloni dalam hive (kotak.

Untuk TEMPAHAN sila hubungi En. Izzi 014 545 6676 @ 018 9545320..

7 comments:

Unknown said...

berapakah harga bagi satukotak ni

Unknown said...

berapakah harga bagi satukotak ni

azizkgl said...

kalu saya nak beli keloni adaj
kah pehak pembekal blh hantar

ANCIS said...

salam tuan...berapa harga satu tn...

Unknown said...

Salam.

Saya berminat:

PakLong Ari
0196611411
Bukit Pulau, Melaka.

T/Kasih

Waksegan said...

Saya nak beli 2 set berapa harga. Tempat klang selangor

Unknown said...

Saya nak beli 2 set..berapa harga? Rumbia Melaka

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India