Pages

Wednesday 7 October 2015

TrigoTECH Hive 4.0 – Inovasi TERBAIK untuk KELESTARIAN Sang Kelulut


Alhamdulillah syukur kami panjatkan kepada yang Maha Esa… dengan izinnya kami telah berjaya menghasilkan TrigoTECH Hive 4.0 yang betul-betul memenuhi citarasa dan keperluan sang kelulut dan juga penternak. TrigoTECH Hive ini sememangnya mempunyai seribu satu keistimewaan berbanding kotak hive yang terdahulu. Kotak Hive ini telah mengalami evolusi tersendiri sejajar dengan perkembangan teknologi penternakan lebah kelulut.

Antara ciri-ciri yang istimewa yang terdapat pada TrigoTECH Hive 4.0 :



1. TERLAJAK MESRA LEBAH KELULUT
- Kotak induk yang istimewa dengan dwi lapisan dinding yang dapat mengekalkan suhu yang paling sesuai untuk perkembangan koloni menyebabkan sang kelulut sentiasa selesa serta mereka sukar merajuk atau lari meninggalkan hive.
- Kotak induk ini juga mempunyai saiz yang terbaik untuk perkembangan sel telur dan bekalan pemakanan sang kelulut serta ketinggian kotak induk yang boleh ditambah mengikut saiz koloni.
- Yang paling istimewa di dalam model terbaru ini adalah satu lapisan kayu yang menjadi penutup atas kotak induk yang diskru menjadikan kotak induk ini betul-betul memenuhi kriteria habitat asal mereka.
 - Terdapat tiub sambungan antara kotak induk dan kotak madu menyebabkan sang kelulut tidak merasa tertekan untuk mengawal musuh dari luar tambahan pula TrigoTECH Hive 4.0 ini dilengkapi dengan sambungan bertanggam menyukarkan lagi musuh dari luar memasuki kotak hive.
- Kotak madu yang unik dan boleh diangkat dengan mudah dari kotak induk tanpa mengganggu sedikitpun sang kelulut. Tiada risiko sang kelulut menyerang koloni lain semasa penuaian hasil.
- Lebah Kelulut tidak merasa terganggu walaupun hive (kotak) dibuka setiap hari kerana ada satu lapisan PVC yang dibekalkan bersama-sama hive (kotak.
- Perkembangan koloni yang sangat cepat.
- Lebah kelulut tidak memerlukan masa yang lama untuk membaiki kantung madu mereka kerana kerosakkan yang sangat minima ketika proses menuai madu. Dan proses pengisian madu akan dilakukan dengan cepat oleh sang kelulut.
- Kadar kematian lebah kelulut yang sangat kecil hampir 0.001% ketika proses penuaian madu.


2. SANGAT MESRA PENTERNAK
- Proses menuai madu yang sangat selesa dan tidak langsung mengganggu koloni lebah kelulut.
- Penternak boleh melihat perkembangan koloni dalam kotak setiap hari tanpa mengganggu koloni kelulut.
- Boleh menuai madu setiap minggu (bergantung pada musim) tanpa mengganggu stok simpanan koloni kelulut.
- TrigoTECH Hive 4.0 ini meminimakan kerja penternak dari segi kawalan musuh kerana kotak hive ini direka dengan menghalang musuh memasuki kotak hive.
- Penternak juga boleh mengunakan kotak hive ini sebagai satu kaedah untuk pecah koloni dan perangkap kelulut kerana TrigoTECH Hive 4.0 memang direka untuk memenuhi keperluan tersebut.

3.SANGAT MESRA CUACA
-  Sesuai untuk semua keadaan cuaca samada hujan atau panas, hive (kotak) akan sentiasa kering dan tidak merekah kerana setiap sambungan adalah bertanggam.

4. ANTI SERANGGA
- Serangga seperti semut, lipas, cicak dan katak sukar bersarang di Kotak hive kerana tiada ruang sesuai untuk mereka diami..




Untuk TEMPAHAN sila hubungi En. Izzi 014 545 6676 @ 018 9545320..

1 comments:

allecia said...

pls update me the price tgt with bees

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India