Pages

Friday, 21 November 2014

Pam Madu Kelulut MUDAH & LASAK..

Pam Madu Kelulut - Lebih BAIK dari Picagari


Satu Level lebih tinggi dari picagari. Jika guna picagari, lambat serta tangan pun kotor..Inovasi ini boleh menyelesaikan dan membantu penternak-penternak kecil menangani masalah ini. Alat ini boleh di bawa ke mana-mana sahaja tanpa perlu risau dengan masalah sumber tenaga. Jom TEST DRIVE Pam Madu di MAHA 2014 bermula 20 November hingga 30 November 2014..

TrigoTECH HIVE - Kotak Hive yang 'LUAR' dari 'BIASA'

TrigoTECH HIVE - Kotak Hive yang 'LUAR' dari 'BIASA'

Dari PENGALAMAN dan PEMERHATIAN lebih lima tahun menternak Lebah Kelulut , Kini TrigoTECH Bee Farm telah berjaya menghasilkan Kotak ‘HIVE’ yang menjadi FAKTOR paling besar kejayaan penternakan Lebah Kelulut. Bukan sekadar CANTIK dipandang, KESTABILAN HASIL dan KELESTARIAN KOLONI untuk berkembang menjadi ‘POINT’ utama TrigoTECH Bee Farm dalam bidang penternakan baru ini.





 Dalam tempoh 3 hari, Sudah banyak terbentuk kantung madu. Separuh darinya sudah ada diisi dengan madu. Lebah kelihatan sangat aktif keluar masuk ke dalam kotak 'hive' baru. 





Keistimewaan LUAR DARI BIASA ‘ TrigoTECH HIVE’ :

1. Ruang dalaman ‘HIVE’ seperti di kediaman ASAL Lebah Kelulut menyebabkan mereka LEBIH SELESA dan CEPAT menSTABILkan koloni serta membuat KANTUNG madu dalam MASA kurang dari TIGA hari.

2. Proses PENUAIAN madu yang paling CEPAT dan BERSIH tanpa menggunakan sebarang mesin serta TIDAK sedikitpun mengganggu LEBAH KELULUT.

3.Hampir 100 % tiada KEMATIAN lebah kelulut dan tiada langsung SERANGAN kepada penternak ketika proses PENUAIAN dilakukan.

4. Penternak boleh melihat PERKEMBANGAN dalam ‘HIVE’ setiap hari tanpa MENGGANGGU sedikitpun KOLONI.

5. Proses PEMECAHAN KOLONI yang paling MUDAH dan SISTEMATIK boleh dilakukan walaupun bukan dari kalangan ‘EXPERT’.

6. KOLONI Hampir TIADA gangguan MUSUH dan perlindungan TERBAIK jika digabungkan dengan STAND Anti C.A.S serta Alat Anti-K yang dipasangkan di kawasan tapak penternakan.


Thursday, 20 November 2014

JOM Kita ke MAHA 2014 - Pelbagai TEKNOLOGI Pertanian terBESAR di Malaysia (Kelulut pun ADA)

Jom Ke MAHA 2014 - Tengok teknologi Ternak Kelulut di Rumah Kelantan

Luangkan masa cuti sekolah anak-anak anda dengan mengunjungi Pameran MAHA 2014. Pelbagai ilmu pengetahuan, peluang, kemahiran, pendedahan, pertunjukan, permainan, jualan dan barangan yang boleh anda dapat disini. Tapak pameran MAHA 2014 ini sungguh luas. Ia menyajikan dengan lengkap semua aktiviti perladangan, penternakan dan nelayan negara.

Pameran MAHA 2014 : Bermula dari 20hb hingga 30hb November ini, Pameran MAHA 2014 atau Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show - MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui orang ramai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Pameran MAHA 2014 kali ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Tranformasi. Pameran dwitahunan ini akan lebih menumpukan kepada penyertaan golongan muda.
Tapak Pameran Utama MAHA 2014 terbahagi kepada beberapa kategori dan lokasi iaitu :
  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas

Anda juga boleh lihat dengan lebih jelas lagi suasana dan keadaan sebenar tapak Pameran MAHA ini melalui pengalaman saya di Pameran MAHA 2012. Ianya sungguh menarik dan anda pasti puashati dan gembira berada disini.

Yang terpenting kali ni..Kebanyakkan rumah-rumah negeri menampilkan Penternakkan Lebah Kelulut. Mari kunjungi Rumah Kelantan beberapa OTAI-OTAI KELULUT KELANTAN buka booth..Timba Ilmu Direct tanpa pergi kursus..REBUT PELUANG INI....Rugi tak mai..


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India