Pages

Thursday, 20 November 2014

JOM Kita ke MAHA 2014 - Pelbagai TEKNOLOGI Pertanian terBESAR di Malaysia (Kelulut pun ADA)

Jom Ke MAHA 2014 - Tengok teknologi Ternak Kelulut di Rumah Kelantan

Luangkan masa cuti sekolah anak-anak anda dengan mengunjungi Pameran MAHA 2014. Pelbagai ilmu pengetahuan, peluang, kemahiran, pendedahan, pertunjukan, permainan, jualan dan barangan yang boleh anda dapat disini. Tapak pameran MAHA 2014 ini sungguh luas. Ia menyajikan dengan lengkap semua aktiviti perladangan, penternakan dan nelayan negara.

Pameran MAHA 2014 : Bermula dari 20hb hingga 30hb November ini, Pameran MAHA 2014 atau Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show - MAHA) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menemui orang ramai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Pameran MAHA 2014 kali ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Tranformasi. Pameran dwitahunan ini akan lebih menumpukan kepada penyertaan golongan muda.
Tapak Pameran Utama MAHA 2014 terbahagi kepada beberapa kategori dan lokasi iaitu :
  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas

Anda juga boleh lihat dengan lebih jelas lagi suasana dan keadaan sebenar tapak Pameran MAHA ini melalui pengalaman saya di Pameran MAHA 2012. Ianya sungguh menarik dan anda pasti puashati dan gembira berada disini.

Yang terpenting kali ni..Kebanyakkan rumah-rumah negeri menampilkan Penternakkan Lebah Kelulut. Mari kunjungi Rumah Kelantan beberapa OTAI-OTAI KELULUT KELANTAN buka booth..Timba Ilmu Direct tanpa pergi kursus..REBUT PELUANG INI....Rugi tak mai..


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India