Pages

Monday 12 October 2015

TrigoTECH Hive 4.0 - Projek Kelestarian Kelulut Masa Hadapan




               TrigoTECH Bee Farm bertekad untuk menjadikan kaedah menternak lebah kelulut dalam hive@kotak lebih menjadi keutamaan daripada kaedah Topping pada suatu hari nanti. Memandangkan kegilaan menternak kelulut yang menjadi suatu fenomena waktu ini, habis khazanah alam dimusnahkan demi sebuah koloni kelulut. Pokok-pokok yang berusia berabad lamanya menjadi mangsa kerakusan kita. Kita sebenarnya adalah musuh terbesar sang  kelulut dan alam khususnya. Jadi oleh sebab ini, Kami di TrigoTECH Bee Farm sentiasa mencurah idea, usaha, masa dan keringat untuk merealisasikan impian ini demi untuk kelestarian kelulut dan alam. 

TrigoTECH Hive 4.0 sebenarnya telah melalui beberapa kali revolusi ke arah lebih baik dan sesuai dengan sang kelulut. Pelbagai perubahan yang dilakukan dari segi saiz, bentuk, sambungan, jenis kayu dan pelbagai lagi sehingga terhasillah TrigoTECH Hive 4.0 yang betul-betul menepati citarasa sang kelulut dan juga pemiliknya. TrigoTECH Hive 4.0 juga amat sesuai digunakan untuk kaedah pecah koloni yang mana ia direka dengan kotak tambahan yang boleh ditambah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian koloni. Hasil pemerhatian sepanjang menternak dengan kaedah ini kami membuat keputusan untuk mengembangkan kaedah ini ke seluruh negara supaya kejayaannya dapat dikongsi bersama. 

TrigoTECH Hive 4.0 dibuat dari sejenis kayu pokok Cengal Kampung atau Medang. Sejenis kayu yang mempunyai sifat Cengal yang mana sifat semulajadinya anti anai-anai, beraroma serta sangat kukuh. Yang paling penting di alam semulajadi juga pokok ini menjadi kegemaran sang kelulut membuat sarang. Istimewanya kami sendiri yang menebang pokok ini dan memprosesnya sehingga menjadi TrigoTECH Hive 4.0. Sudah tentu ia bebas dari apa-apa bahan kimia. 

Kaedah pembuatan TrigoTECH Hive 4.0 yang lebih sukar berbanding kotak hive biasa menjadikan kotak hive ini lebih bernilai tinggi. Kini kami mampu mengeluarkan 100 unit sebulan. InsyaAllah pengeluaran ini akan ditambah dari semasa ke semasa selaras dengan permintaan. Untuk makluman juga, kami juga sedang membuat beberapa RND untuk menghasilkan beberapa lagi produk teknologi yang sangat berguna dalam industri ini.

Kami berharap usaha kecil kami ini menjadikan industri ini ke arah yang lebih baik. Kami di TrigoTECH Bee Farm sentiasa mengharapkan sokongan dari peminat dan penternak kelulut di seluruh negara agar menjadikan TrigoTECH Hive 4.0 menjadi pilihan utama mereka.

Sebagai PENGHARGAAN dari kami..untuk 100 unit pertama ini kami bekalkan dengan RM150 seunit. Harga selepas ini adalah RM 180 seunit. Jadi sesiapa yang berminat sila cepat-cepat berurusan dengan kami melalui :


WHATSAPP@TELEFON 
 014 545 6676 ( En. Izzi ).

Kami juga mengalu-alukan kepada yang berminat menjadi PENGEDAR untuk memasarkan produk-produk keluaran kami... InsyaAllah boleh menjadi sumber pendapatan TERBESAR ANDA.. 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India